Saturday, November 09, 2013

Petua Muda : Minum air

Minum 3 liter air sehari menjadikan wajah 10 tahun lebih muda
• Fakta: 1 daripada 5 orang wanita kurang minum air
• Fungsi sistem organ badan sangat bergantung kepada air
• Organ memerlukan air untuk proses nyahtoksin




* Perhatikan lingkaran hitam di bawah mata beliau yang hilang selepas 4 minggu.
* Perhatikan warna kulit beliau yang lebih sekata dan lebih cerah
* Perhatikan kedutan dan garisan halus beliau tidak kelihatan
* Perhatikan warna bibir beliau menjadi lebih mungil
* Perhatikan jeragat beliau telah berkurangan
* Perhatikan wajah beliau kelihatan seperti 10 tahun lebih muda



Hakikatnya beliau menjalani kehidupan seperti biasa dan makan seperti biasa. Apa yang berbeza dengan kita ialah beliau minum air 3 liter sehari secara konsisten selama 28 hari!




Tiada masalah untuk minum air yang banyak. Orang akan fikir begini: Aah..malaslah, minum banyak nanti kencing banyak! 


Teruskan sikap ini jika anda ingin cepat sakit cepat mati. 





Jangan risau untuk minum air yang banyak kerana ginjal akan menjalankan tugasnya dengan baik..tapis dan buang segala toksin dan bahan buangan dari badan.

Berapa kerap anda buang air kecil setiap hari? 

Satu kali? Dua kali? Tiga kali? Atau lebih daripada 6 kali sehari? 

Apa warnanya? Kuning pekat? Kuning cair? Jernih? 

Apa kuantitinya? Sikit? Banyak?
Tak perlu jawab dan beritahu pada orang lain.. mungkin soalan dan jawapan seperti ini agak memalukan bagi sesetengah individu. 

Soalan yang jarang kita tanya pada diri sendiri. Tapi ia membawa erti yang besar kepada kesihatan tubuh badan anda.



Sekadar Hiasan


Baca yang berikut, kesan yang beliau

alami sepanjang 'eksperimen' Minum Air ini:



Minggu 1
Berat: 54 kg
Ukuran lilitan pinggang: 28 inci
Kerap ke tandas untuk buang air kecil, warna air kencing menjadi lebih cair. Perut menjadi lebih selesa.
Sakit kepala berkurangan; kerana organ-organ badan yang kekurangan air akan menyerap air daripada otak untuk berfungsi, hingga menyebabkan sakit kepala terjadi.
Badan lebih fleksibel dan kurang mengalami masalah sakit sendi.


Minggu 2
Berat: 53.5 kg
Ukuran lilitan pinggang: 28 inci
1 botol air mineral (500 mL) 6 kali sehari.
Semasa bangun tidur, semasa sarapan, semasa makan tengah hari, waktu petang, semasa makan malam dan sebelum tidur.
Tona warna kulit lebih sekata dan cerah, lingkaran bawah mata kurang gelap berbanding minggu sebelumnya.
Mulut tidak berbau, tidak mengalami sakit kepala dan tiada masalah sembelit. Apa yang lebih menarik ialah, selulit di bahagian peha telah hilang!
Walaupun beliau minum banyak air, tetapi perut beliau tidak kembung, malahan tiada tanda-tanda buncit.

Minggu 3
Berat: 53.5 kg
Ukuran lilitan pinggang: 27.5 inci
Lingkaran hitam di bawah mata telah hilang sepenuhnya, bahagian bawah mata dan pipi lebih anjal. Sapuan eye shadow pula lebih sekata kerana kulit di bahagian mata menjadi lebih anjal. Ini kerana air membantu penghasilan sel-sel kulit yang baru.
Perbuatan menggosok mata semasa bangun tidur adalah tindakan spontan kita kerana ia tanda keadaan mata yang kering semasa tidur. Amalan minum air yang cukup telah mengekalkan kelembapan mata walaupun ketika tidur. Kini, beliau tidak lagi menggosokkan mata semasa bangun tidur.
Beliau tidak rasa letih dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja.
Jumlah makanan yang beliau ambil berkurangan kerana air menyebabkan rasa kenyang dengan cepat.

Minggu 4

Berat: 53.1 kg
Ukuran lilitan pinggang: 27 inci
Wajah beliau berubah sepenuhnya menjadi lebih muda. Kulit wajahnya tidak lagi menjadi kering, badan menjadi lebih bertenaga dan sihat. Beliau berasa lebih bersemangat dan segar sepanjang hari.



Anda pun boleh jadi macam ni. Kalau amalkan minum air 3 liter sehari bersama-sama Glowhite Stemcell Drinks lagi la bagus..sebab kita ada stemcell yang akan mempercepatkan lagi penghasilan kolagen dan elastin, dan berupaya untuk melawan penyakit.



No comments :

Post a Comment