Thursday, February 20, 2014

Molluscum Contagiosum


Molluscum contagiosum adalah salah satu jenis penyakit kulit yang boleh dihidapi oleh kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 5 tahun. Kalau tengok sekali lalu nampak macam ketuat, tapi bukan.  

Ia kelihatan seperti bintik-bintik merah yang berair dan kadangkala mempunyai warna putih di bahagian dalamnya.


Penyakit ni naik di sekitar mulut, leher, ketiak, pelipat siku dan lain-lain. Ianya tidak menyakitkan, tetapi pesakit akan berasa gatal-gatal. 

Bagaimana Molluscum contagiosum  boleh merebak?

  1. Ia tersebar melalui sentuhan langsung atau boleh berjangkit melalui perkongsian pakaian.
  2. Jika anak suka menggaru, dan ia pecah, ia boleh merebak ke tempat lain.
  3. Virus umumnya menyebar melalui sentuhan kulit ke kulit, dan selalunya pesakit mendapat jangkitan virus ini setelah mandi di kolam renang. 

Jangkitan Molluscum contagiosum menimbulkan banyak ketulan kecil yang boleh hilang tiba-tiba tanpa rawatan, dan boleh juga sampai 6 bulan atau lebih.



Namun perlu diingat, penyakit ini adalah tidak merbahaya.

Anak saya mengalaminya? Bagaimana cara untuk merawat?


Sebenarnya, tiada rawatan yang khusus untuk menghilangkan penyakit Molluscum contagiosum  ini. Sekiranya berjumpa dengan doktor, mereka akan mencadangkan rawatan yang boleh membantu mengurangkan bintik-bintik Molluscum contagiosum  menggunakan rawatan seperti:


Cryotherapy, benzyl peroxide, hydrogen peroxide, Cimetidine, Griseofulvin, Methisazone dan lain-lain. 
Rawatan ini agak pedih, dan tidak sesuai untuk digunakan pada kanak-kanak.


Kaedah terbaik ialah menggunakan Molluscum Contagiosum Spray dan Mineral Hyper Cream. Kandungan utama ialah air bermineral tinggi, mengandungi lebih daripada 22 mineral seperti kuprum, kalsium, magnesium, zink dan lain-lain. Gabungan mineral dan biji anggur, tea tree, lemon balm tree, bunga lavender, minyak zaitun, Ginko dan ginseng memberi kesan efektif melawan penyakit kulit Molluscum contagiosum tanpa memberi kesan sampingan. Kedua-dua produk ini bersifat semula jadi, tiada penggunaan bahan kimia berbahaya dan bebas alkohol.


Dapatkan produk ini melalui website MIBA Mineralbio http://goo.gl/PH4v25 untuk harga PROMOSI!

Like | Share | Miba MineralBio



Wednesday, February 19, 2014

Mineral Facial Treatment

Teringin nak buat facial muka, tapi takut harga mahal?

Jangan risau, kami ada buat promosi, 
RM10 sahaja!!

Khas untuk orang-orang Seremban dan kawasan yang berdekatan...jemput datang ke kedai kami...
Alamat 1-32 D'S2 Mall, Persiaran S2B2 (Bangunan SAINS)
Telefon 06-6013812 untuk set temujanji kita :)

Dapatkan Facial Loyalty Card untuk mendapatkan diskaun hebat!


Menghadapi Cuaca Panas



Cuaca panas terik akan membuatkan kulit menjadi terlalu kering dan juga akan mempercepatkan proses penuaan kulit, kulit menjadi cepat berkedut dan wajah anda akan kelihatan lebih tua daripada usia.

Penyelesaian terbaik ialah menggunakan krim pelindung matahari atau dikenali sebagai sunblock.

Adakah anda sedang mencari-cari sunblock yang benar-benar sesuai dengan kulit anda?

SunBB dan SunCream50 sangat sesuai untuk semua jenis kulit (sensitif, berjerawat, berminyak, kering, normal)



Water-based..tidak melekit..TIADA BAHAN KIMIA BERBAHAYA
membantu mencerahkan kulit. pekat..SANGAT PEKAT..penggunaan JIMAT!

SunBB25, SPF30 PA++ : sesuai untuk kegunaan di muka, sebagai alas bedak..

SunCream50 SPF50 Pa++ : sesuai untuk kegunaan di badan, untuk menghalang penggelapan kulit akibat sinaran matahari

Tempahan: telefon 06-6013812
More info: http://goo.gl/JmtEu0

Tuesday, February 11, 2014

Tidur yang Berlebihan

TIDUR yang lena dan nyenyak pada sebelah malam dapat membantu memperbaharu proses fizikal dan mental, tetapi banyak antara kita yang mengalami masalah tidur. Kebanyakannya memikirkan bahawa kurang tidur merupakan masalah besar. Sebaliknya mereka tidak pernah memikirkan akibat sekiranya tidur berlebihan.



Narkolepsi merupakan masalah neurologi yang menyebabkan tidur berlebihan. Penyakit tersebut mempengaruhi bahagian otak yang mengawal dan mengatur tidur. Penderita narkolepsi gagal untuk mengidentifikasikan dan membezakan waktu tidur dengan waktu untuk tetap terjaga. Penderita dapat tertidur di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Tempoh tidur normal bagi mereka yang sihat selama lima hingga lapan jam bergantung pada usia.

Narkolepsi merupakan masalah mengantuk yang dihadapi seseorang akibat kerosakan saraf di otaknya yang disebabkan oleh kekurangan protein hipoketin. Setiap organ kita memberikan kesan terhadap sesuatu masalah tidur. Dengan menghayati setiap masalah terhadap fenomena tidur, kita boleh mengenal pasti sebarang masalah pada sesuatu organ.

Secara umumnya, bahagian otak yang mengawal tidur ialah hipotalamus. Setiap kali tidur, neuron di otak disusun semula. Dalam keadaan tubuh sedang menyeimbangkan kelemahan pada sesuatu organ, maka penyusunan tersebut memaparkan visual dan boleh dengar mengenai pengalaman yang telah dilalui sepanjang proses penyusunan neuron. Ketika itu, muncullah mimpi dan sesuatu fenomena ketika tidur.


____
Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Ogos 2012.

Monday, February 10, 2014

Antioksidan Untuk Minda

ANDA mungkin mengetahui sifat antioksidan yang penting, seperti vitamin C, E dan beta karotena. Yang menariknya, terdapat kumpulan antioksidan lain yang mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini. Walaupun nama antioksidan daripada kumpulan ini sukar disebut, faedah kesihatannya amat tinggi.

Kuersetin, kaempferol dan epigalokatesin mungkin tidak biasa didengari di dapur anda, namun bahan tersebut sudah lama berada di sana sebagai ramuan makanan seharian. Bahan tersebut hanya tiga daripada lebih 4000 sebatian yang dikelaskan dalam kumpulan flavonoid. Sebagai pigmen semula jadi tumbuhan, flavonoid merupakan punca sayuran dan buah-buahan menjadi sangat penting bagi menjalankan fungsi normal tubuh manusia.

Antara faedah baik flavonoid termasuklah mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung, asma dan strok. Flavonoid juga mungkin memainkan peranan penting dalam melindungi otak manusia.


Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Ogos 2012.

Monday, February 03, 2014

Migrain?

MIGRAIN berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang, berbeza tahap kesakitan, kekerapan dan jangka masa serangan. Perkataan “migrain” berasal daripada perkataan Perancis yang bererti sakit kepala sebelah.

Kebiasaannya serangan sakit kepala sebelah menyebabkan sakit di kedua-dua belah. Migrain sejenis sakit kepala yang kronik. Penyakit ini berlaku dalam kalangan kaum wanita daripada lelaki. Wanita lebih banyak terkena migrain berbanding dengan lelaki.

Kadangkala migrain agak sukar dibezakan dengan sakit kepala jenis lain. Sakit kepala akibat gangguan pada sinus atau ketegangan otot leher mempunyai gejala yang hampir sama dengan gejala migrain.

Migrain juga berlaku bersama-sama penyakit lain, contohnya asma dan depresi. Penyakit yang sangat berat, misalnya tumor atau infeksi, turut menimbulkan gejala yang mirip migrain. Namun demikian, kejadian ini sangat jarang-jarang berlaku.

MIGRAIN berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang, berbeza tahap kesakitan, kekerapan dan jangka masa serangan. Perkataan “migrain” berasal daripada perkataan Perancis yang bererti sakit kepala sebelah. Kebiasaannya serangan sakit kepala sebelah menyebabkan sakit di kedua-dua belah. Migrain sejenis sakit kepala yang kronik. Penyakit ini berlaku dalam kalangan kaum wanita daripada lelaki. Wanita lebih banyak terkena migrain berbanding dengan lelaki. Kadangkala migrain agak sukar dibezakan dengan sakit kepala jenis lain. Sakit kepala akibat gangguan pada sinus atau ketegangan otot leher mempunyai gejala yang hampir sama dengan gejala migrain. Migrain juga berlaku bersama-sama penyakit lain, contohnya asma dan depresi. Penyakit yang sangat berat, misalnya tumor atau infeksi, turut menimbulkan gejala yang mirip migrain. Namun demikian, kejadian ini sangat jarang-jarang berlaku.

_____
Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.

Vitamin C

Vitamin C adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari, Vitamin C dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.


1. Vitamin C tidak stabilVitamin C mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu,aditif makanan,bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. Kebanyakkan Vitamin C didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.  Oleh itu, cara masakan makanan yang mengandungi vitamin seperti sayur-sayuran hendaklah dilakukan dengan betul untuk mengelakkan kehilangan vitamin berharga ini.

2. Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan manusia
Vitamin yang penting untuk kesihatan badan ini perlu diambil melalui makanan kerana badan manusia tidak menghasilkan vitamin ini sendiri.

3. Terlalu banyak vitamin C?
Vitamin C adalah sebatian yang larut air, ia akan dikeluarkan daripada tubuh apabila pengambilannya berlebihan . Pengambilan vitamin yang terlalu banyak pada satu-satu masa hanyalah suatu pembaziran kerana faktor keupayaan badan untuk menyerap vitamin dan mineral adalah terhad.

4. Khasiat Vitamin C?
Antara khasiat utama Vitamin C ialah meningkatkan keupayaan badan untk melawan penyakit seperti selesema.  Selain daripada itu, Vitamin C juga mempuyai kebaikan kepada kesihatan dan kecantikan kulit.  Antaranya ialah, Vitamin C dapat membantu meningkatkan penghasilan collagen yang berfungsi untuk keanjalan kulit, serta melambatkan kesan-kesan penuaan seperti kudutan, kulit kering dan kusam.