Mamat, seorang lelaki berbadan agak besar masuk ke sebuah fitness center dengan niat utk menguruskan badan.
Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada Mamat, "Kami menawarkan 2 program di sini… RM50 utk versi ‘Biasa’ dan RM100 utk versi ‘Cepat’. Tuan hendak program yang mana?"
"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru je nak kuruskan badan ni", kata Mamat.
"OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawab lelaki penjaga kaunter.
Mamat pun masuklah ke bilik yg disuruh, lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang seorang perempuan yang sangat cantik. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan Mamat dah tak senang duduk dan berpeluh-peluh.
Perempuan tadi berkata, “Kalau tuan dapat kejar saya, tuan boleh buat aaaaapa saja dengan saya… hik hik hik” Dan dia terus berlari di dalam bilik itu.
Mamat pun kejar perempuan tadi sampai 30 minit, namun tidak berjaya. Dia cuba lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai dan akhirnya PENGSAN!
Apabila Mamat tersedar, dia terus ke penimbang dan mendapati berat badannya telah turun 3kg. “Wow! Memang berbaloi aku bayar RM50… memang senang rupanya nak kuruskan badan“, katanya sendirian.
Esoknya, Mamat datang lagi ke fitness center dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter. "Bagaimana Tuan, nak cuba yang versi ‘Biasa’ macam semalam ke atau Tuan nak yang versi ‘Cepat’ ?"
"Saya ingat nak 'up' sikitlah dari yang semalam. Jadi, saya nak ambil yang versi 'Cepat', boleh?" kata Mamat sambil tersengih.
“OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 6 di penjuru bilik sana ye...“, jawab lelaki penjaga kaunter.
Mamat tersenyum lebar sepanjang menunggu di dalam bilik itu. "Tak sabar aku nak kurus lagi." Setelah beberapa minit, datanglah seorang body-builder dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata, “Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat…hehehe“
Pengajaran: Berpada-padalah dalam setiap tindakan kita, asalkan tidak melanggar peritah Allah dan RasulNya.
Nak cuba cara cepat untuk kurus: KLIK SINI
Sekian.
Nota: Cerita ini hanyalah rekaan dan sekadar hiburan, tiada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah tiada. [Sumber: Melayukini.net]
No comments :
Post a Comment