Tuesday, November 19, 2013

Penyakit Batu karang


Baca ini berulang kali sehingga anda benar-benar faham pernyataan yang berikut:

Minum air secukupnya boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit batu karang, dan mengelakkan batu karang berulang


Apa itu Penyakit Batu Karang?
Penyakit Batu Karang ialah penyakit yang terlibat dalam sistem pembuangan air kecil. 

Bagaimana Batu Karang Terbentuk?
Batu karang terbentuk dari mendakan apabila bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik di dalam air kencing berada dalam kepekatan yang tinggi.  Lebih-lebih lagi sekiranya kuantiti air kencing yang sangat sedikit.


Batu karang pada mulanya bersaiz kecil, kemudian menjadi batu karang besar.  Batu karang yang besar tidak akan dapat dikeluarkan dan akan menyebabkan rasa sakit kerana tersekat dalam saluran air kencing.  Batu karang boleh berada dalam buah pinggang (ginjal), saluran antara ginjal atau dalam pundi kencing.

Penyakit batu karang akan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan ketika membuang air kecil dan kadang-kala ada darah dalam air kencing mereka.  Keadaan ini juga akan mengganggu waktu tidur pesakit batu karang.

Antara faktor penyebab utama batu karang terjadi ialah kurang minum jumlah air yang cukup dalah sehari, selain daripada pemakanan, jangkitan kuman dan faktor keturunan.  Dianggarkan 1 dari 5 orang rakyat Malaysia mengalami penyakit ini semasa hayat mereka.  Penyakit ini selalunya berlaku di kalangan lelaki berumur di antara 20 hingga 40 tahun.  Wanita juga mengalaminya, tetapi amat jarang berlaku. 

Sekiranya anda pernah mengalami penyakit batu karang atau simpom-simptom mendapat penyakit ini, pastikan anda minum air secukupnya supaya batu karang yang terbentuk akan dapat dikeluarkan dengan mudah secara normal dengan bantuan air kencing yang banyak.  Saranan jumlah air yang perlu diminum dalam sehari ialah 3 liter atau bersamaan 8 gelas.



Sumber: http://drzubaidi.com/blog/?p=4938
Lagi maklumat lain berkaitan Penyakit Batu Karang

No comments :

Post a Comment