Showing posts with label petua theeqah. Show all posts
Showing posts with label petua theeqah. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Panduan Turunkan Berat Badan

#kurustips
Ramai yang ingin menurunkan berat badan. Pelbagai produk telah dicuba; dimakan, diminum, disapu dan sebagainya. Namun, tiada perubahan positif pada berat badan, hanya wang dibazirkan. 

Mengapa?? 


Kesilapan yang terbesar ialah tidak mengambil berat terhadap pengambilan kalori dalam pemakanan harian dan memandang enteng amalan gaya hidup yang sihat dan seimbang seperti beriadah, waktu tidur yang berkualiti dan tidak merokok.

Artikel ini ditulis sebagai panduan untuk menurunkan berat badan dengan pantas. Walaubagaimanapun, jika anda sedang mengikuti program diet tertentu sila dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan anda (dietician) sebelum membuat apa-apa perubahan pada pola pemakanan harian anda. Ini kerana setiap orang mempunyai kadar metabolisma yang berbeza dan tahap kesihatan yang berbeza.




A. PEMAKANAN

(1) Makan makanan berprotein tinggi, jika anda ingin membina otot

(2) Minum air masak secukupnya; saranan pakar pemakanan sedunia sekurang-kurangnya 3 liter sehari atau bersamaan dengan 8 gelas sehari

(3) Minum air sejuk (bukan air berais dan air bergula manis), akan meningkatkan metabolisma badan

(4) Makan 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang kecil akan mempercepatkan proses pembakaran lemak

(5) Minum air teh hijau (Green Tea). Bukan sahaja membakar lemak, tetapi juga akan menghalang penyakit jantung dan kanser. Perfect Figure ada Green Tea jugak!

(6) Pastikan anda berSARAPAN! Makan semasa sarapan akan memberikan signal kepada otak bahawa anda sedang aktif dan badan akan memberi tindak balas dengan menaikkan tahap metabolisma untuk memebakar lemak. Tapi ingat! Jangan terlebih makan sarapan pulak

(7) Makan mengikut piramid makanan! Serat, karbohidrat, protein, mineral, vitamin, air dan sebagainya perlu seimbang

(8) Pilih makanan mengikut kalori. Waktu makan berat, sila ambil makanan berkalori tinggi. Waktu di antaranya, boleh ambil makanan berkalori rendah sekiranya terasa lapar



B. SENAMAN


Senaman adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan dengan pantas. Harus diingati, senaman tidak akan menukarkan lemak kepada otot-otot. Senaman akan membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. 

Anda boleh mengikuti pelbagai tips senaman yang bersesuaian seperti di bawah. Sekiranya anda ada masalah kesihatan, sila dapatkan nasihat doktor

(1) Jangan tahan nafas ketika bersenam

(2) Mulakan senaman regangan (lower intensity cardio excercises)

(3) Sebaiknya jogging 30 minit setiap pagi dan setiap petang

(4) Senam Aerobik selama 30 minit boleh membakar 400 kalori

(5) Berlari adalah senaman yang paling bagus untuk membakar lemak

(6) Senaman angkat berat (menggunakan dumb bell) akan mengurangkan lemak di celah-celah lapisan kulit, dalam masa yang sama akan membina otot-otot baru (dengan bantuan pemakanan seimbang)

(7) Senaman hula-hoop juga boleh menggalakkan pengeluaran peluh dan pembakaran lemak


C. MOTIVASI DIRI


Orang yang ada matlamat akan sentiasa berjaya dalam hidupnya berbanding orang yang tiada matlamat. Cuba lihat orang-orang di sekeliling kita yang telah berjaya; Mereka mencapai sedemikian kerana mereka mempunyai matlamat yang jelas. Begitu juga dengan penurunan berat badan. Anda perlukan sesuatu sebagai motivasi anda untuk menurunkan berat badan.



Berikut adalah antara tips motivasi yang kami kongsikan buat anda yang mempunyai matlamat yang jelas; Penurunan berat badan hingga mencapai BMI dan bentuk badan yang ideal.

(1) Nyatakan matlamat secara specifik. Contohnya, turun 5 kilo setiap minggu.

(2) Tulis matlamat anda di dalam diari, skrin telefon, tampal nota di peti ais dan sebagainya DAN BACA SETIAP HARI

(3) Beri diri sendiri hadiah / ganjaran sekiranya telah mencapai matlamat yang ingin dicapai. Contohnya, shopping (atau window shopping), belanja diri sendiri makanan yang best dan sedap (tapi awas..jangan berlebihan), menonton wayang, pergi spa dan manjakan diri untuk kecantikan atau apa-apa sahaja. Anda akan lebih bersemangat untuk meneruskan misi penurunan berat badan anda itu!

(4) Cara terbaik untuk melihat perubahan pada diri anda ialah dengan cara mengambil foto sebelum dan selepas beberapa minggu berserta berat anda. Pasti anda sendiri tidak percaya yang suatu ketika dahulu berat badan anda sebenarnya 3 kali ganda dari yang sekarang!






Tuesday, November 19, 2013

Penyakit Batu karang


Baca ini berulang kali sehingga anda benar-benar faham pernyataan yang berikut:

Minum air secukupnya boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit batu karang, dan mengelakkan batu karang berulang


Apa itu Penyakit Batu Karang?
Penyakit Batu Karang ialah penyakit yang terlibat dalam sistem pembuangan air kecil. 

Bagaimana Batu Karang Terbentuk?
Batu karang terbentuk dari mendakan apabila bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik di dalam air kencing berada dalam kepekatan yang tinggi.  Lebih-lebih lagi sekiranya kuantiti air kencing yang sangat sedikit.


Batu karang pada mulanya bersaiz kecil, kemudian menjadi batu karang besar.  Batu karang yang besar tidak akan dapat dikeluarkan dan akan menyebabkan rasa sakit kerana tersekat dalam saluran air kencing.  Batu karang boleh berada dalam buah pinggang (ginjal), saluran antara ginjal atau dalam pundi kencing.

Penyakit batu karang akan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan ketika membuang air kecil dan kadang-kala ada darah dalam air kencing mereka.  Keadaan ini juga akan mengganggu waktu tidur pesakit batu karang.

Antara faktor penyebab utama batu karang terjadi ialah kurang minum jumlah air yang cukup dalah sehari, selain daripada pemakanan, jangkitan kuman dan faktor keturunan.  Dianggarkan 1 dari 5 orang rakyat Malaysia mengalami penyakit ini semasa hayat mereka.  Penyakit ini selalunya berlaku di kalangan lelaki berumur di antara 20 hingga 40 tahun.  Wanita juga mengalaminya, tetapi amat jarang berlaku. 

Sekiranya anda pernah mengalami penyakit batu karang atau simpom-simptom mendapat penyakit ini, pastikan anda minum air secukupnya supaya batu karang yang terbentuk akan dapat dikeluarkan dengan mudah secara normal dengan bantuan air kencing yang banyak.  Saranan jumlah air yang perlu diminum dalam sehari ialah 3 liter atau bersamaan 8 gelas.



Sumber: http://drzubaidi.com/blog/?p=4938
Lagi maklumat lain berkaitan Penyakit Batu Karang

Sunday, November 10, 2013

Makan Berpada-pada


Mungkin ada di kalangan kita sering mengalami masalah sakit perut atau sukar membuang air besar kerana makanan yang dimakan tidak hadam dengan sempurna. 

Cubalah amalkan petua di bawah ini untuk meningkatkan penghadaman.
1) Makan dengan tenang. Beri masa untuk kita makan. Tidak perlu gelojoh, nikmat makanan hanya dapat dirasai sepenuhnya ketika makan dengan tenang.
2) Luangkan sedikit masa untuk kunyah makanan sehingga lumat, barulah ditelan.
3) Makan pada masanya sebelum lapar dan berhenti makan sebelum terlalu kenyang.
4) Jangan disulami minum air ketika makan.
5) Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihadamkan atau tidak perlu dikunyah seperti nestum, bubur, madu, glukosa, yogurt dan lain lain.




Saturday, November 09, 2013

Petua Muda : Minum air

Minum 3 liter air sehari menjadikan wajah 10 tahun lebih muda
• Fakta: 1 daripada 5 orang wanita kurang minum air
• Fungsi sistem organ badan sangat bergantung kepada air
• Organ memerlukan air untuk proses nyahtoksin




* Perhatikan lingkaran hitam di bawah mata beliau yang hilang selepas 4 minggu.
* Perhatikan warna kulit beliau yang lebih sekata dan lebih cerah
* Perhatikan kedutan dan garisan halus beliau tidak kelihatan
* Perhatikan warna bibir beliau menjadi lebih mungil
* Perhatikan jeragat beliau telah berkurangan
* Perhatikan wajah beliau kelihatan seperti 10 tahun lebih muda



Hakikatnya beliau menjalani kehidupan seperti biasa dan makan seperti biasa. Apa yang berbeza dengan kita ialah beliau minum air 3 liter sehari secara konsisten selama 28 hari!




Tiada masalah untuk minum air yang banyak. Orang akan fikir begini: Aah..malaslah, minum banyak nanti kencing banyak! 


Teruskan sikap ini jika anda ingin cepat sakit cepat mati. 





Jangan risau untuk minum air yang banyak kerana ginjal akan menjalankan tugasnya dengan baik..tapis dan buang segala toksin dan bahan buangan dari badan.

Berapa kerap anda buang air kecil setiap hari? 

Satu kali? Dua kali? Tiga kali? Atau lebih daripada 6 kali sehari? 

Apa warnanya? Kuning pekat? Kuning cair? Jernih? 

Apa kuantitinya? Sikit? Banyak?
Tak perlu jawab dan beritahu pada orang lain.. mungkin soalan dan jawapan seperti ini agak memalukan bagi sesetengah individu. 

Soalan yang jarang kita tanya pada diri sendiri. Tapi ia membawa erti yang besar kepada kesihatan tubuh badan anda.



Sekadar Hiasan


Baca yang berikut, kesan yang beliau

alami sepanjang 'eksperimen' Minum Air ini:



Minggu 1
Berat: 54 kg
Ukuran lilitan pinggang: 28 inci
Kerap ke tandas untuk buang air kecil, warna air kencing menjadi lebih cair. Perut menjadi lebih selesa.
Sakit kepala berkurangan; kerana organ-organ badan yang kekurangan air akan menyerap air daripada otak untuk berfungsi, hingga menyebabkan sakit kepala terjadi.
Badan lebih fleksibel dan kurang mengalami masalah sakit sendi.


Minggu 2
Berat: 53.5 kg
Ukuran lilitan pinggang: 28 inci
1 botol air mineral (500 mL) 6 kali sehari.
Semasa bangun tidur, semasa sarapan, semasa makan tengah hari, waktu petang, semasa makan malam dan sebelum tidur.
Tona warna kulit lebih sekata dan cerah, lingkaran bawah mata kurang gelap berbanding minggu sebelumnya.
Mulut tidak berbau, tidak mengalami sakit kepala dan tiada masalah sembelit. Apa yang lebih menarik ialah, selulit di bahagian peha telah hilang!
Walaupun beliau minum banyak air, tetapi perut beliau tidak kembung, malahan tiada tanda-tanda buncit.

Minggu 3
Berat: 53.5 kg
Ukuran lilitan pinggang: 27.5 inci
Lingkaran hitam di bawah mata telah hilang sepenuhnya, bahagian bawah mata dan pipi lebih anjal. Sapuan eye shadow pula lebih sekata kerana kulit di bahagian mata menjadi lebih anjal. Ini kerana air membantu penghasilan sel-sel kulit yang baru.
Perbuatan menggosok mata semasa bangun tidur adalah tindakan spontan kita kerana ia tanda keadaan mata yang kering semasa tidur. Amalan minum air yang cukup telah mengekalkan kelembapan mata walaupun ketika tidur. Kini, beliau tidak lagi menggosokkan mata semasa bangun tidur.
Beliau tidak rasa letih dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja.
Jumlah makanan yang beliau ambil berkurangan kerana air menyebabkan rasa kenyang dengan cepat.

Minggu 4

Berat: 53.1 kg
Ukuran lilitan pinggang: 27 inci
Wajah beliau berubah sepenuhnya menjadi lebih muda. Kulit wajahnya tidak lagi menjadi kering, badan menjadi lebih bertenaga dan sihat. Beliau berasa lebih bersemangat dan segar sepanjang hari.



Anda pun boleh jadi macam ni. Kalau amalkan minum air 3 liter sehari bersama-sama Glowhite Stemcell Drinks lagi la bagus..sebab kita ada stemcell yang akan mempercepatkan lagi penghasilan kolagen dan elastin, dan berupaya untuk melawan penyakit.



Friday, November 08, 2013

Kenapa Bibir Pecah?

BIBIR PECAH adalah petanda bibir telah menjadi terlalu kering, dan mungkin juga petanda badan sedang kekurangan air.

BIBIR PECAH juga boleh disebabkan oleh kekurangan nutrisi dan dehidrasi akibat daripada terdedah terlalu lama kepada matahari, cuaca sejuk ata cuaca berangin.

Perbuatan menjilat bibir, kebiasaan yang sering kita lakukan apabila bibir kering adalah sangat tidak digalakkan.  Air liur akan mengeringkan lagi permukaan bibir kerana lapisan kulit di bibir yang nipis.

Sebagai langkah efektif untuk mengurangkan masalah BIBIR PECAH, sapu pelembab bibir untuk mengurangkan kesan pengeringan akibat faktor persekitaran.  Pelembab bibir yang mengandungi SPF juga digalakkan supaya dapat menghalang penembusan UV ke lapisan dalam bibir.  Minum air dengan lebih banyak. 

Dan yang lebih penting: ELAKKAN DARIPADA MEMBASAHKAN BIBIR DENGAN AIR LIUR ANDA. 


Sebenarnya, menghalang bibir daripada kering akan mengurangkan risiko untuk mendapat ulser.  Tentu anda tak sanggup menghadapinya lagi, bukan?


Antara petua orang-orang lama:
  1. 1.       Sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.
  2. 2.       Minum air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali sehari sehinggalah bibir anda tu sembuh. Jika tiada aral dan serasi dengan petua ni, pasti anda dapat merasai kesannya.


Selamat Mencuba!

Thursday, November 07, 2013

Resepi Pecah Lemak!!!


#Resepi
 PECAH LEMAK Theeqah 01
ASPARAGUS + CARROT + TOMATO


(1) Asparagus mengandungi asid amino asparagin yang akan membantu peredaran darah di bahagian ginjal. Asid amino asparagin akan memecahkan lemak dan membuang bahan buangan badan seperti asid oxalic. Ini juga dapat membantu mengelakkan penyakit batu karang.

(2) Beta karotena dalam lobak merah akan memecahkan lemak dan mempercepatkan proses metabolisma badan.


(3) Tomato mengandungi Vitamin C dan asid citrimalic-oxalic yang tinggi yang akan mempercepatkan proses metabolisma memecahkan lemak badan. Ia juga akan membantu ginjal untuk mengeluarkan air yang mengandungi lemak dari badan.


Nak tau tips lanjut cara untuk bakar lemak pecah lemak dengan pantas?
---> Perfect Figure Burn Your Fat

Mencuci Buah Pinggang RM1

Bertahun-tahun buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun-racun dan bahan-bahan lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dan lain-lain lagi.

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Di sini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.

Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan-bahan garam serta bahan-bahan racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang ?
Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.
Daun ketumbar bertindak sebagai pencuci darah iaitu membersihkan darah dari racun-racun, membantu pencernaan dan perut kembung, mengurangi gejala arthritis, infeksi saluran kencing, menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL,selain mengandungi zat besi ianya juga mengandungi zat magnesium.

Caranya:
1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil-kecil
3. Masukkan daun-daun kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun-daun ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun–daun dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun-racun lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.
Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.
Daun parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!
[Sumber: Wannura Petua Amalan & Syanz-Aisyah]