Monday, December 23, 2013

SAYANGI ISLAM


Islam memerlukan 1 juta tandatangan dalam petisyen untuk menolak COMANGO yang bersikap biadap terhadapnya dengan mendesak ummat islam di malaysia melakukan 6 tuntutan di bawah:
1) Membenarkan kebebasan untuk murtad
2) Mengiktiraf budaya hidup LGBT (budaya zina dan liwat)
3) Menuntut hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan dipinda
4) Mengiktiraf ajaran sesat Syiah di Malaysia
5) Menuntut agar mana-mana ibu bapa yang memeluk Islam tidak diberi hak penjagaan anak
6) Mendesak penghapusan hukuman syariah

Nyatakan kecintaan dan kesungguhan anda dalam mempertahankan Islam di Malaysia dengan menurunkan tandatangan anda secara online di :

SEJUTA UMMAH TOLAK COMANGO Petition | GoPetition


Monday, December 09, 2013

Bibir dan Teh Hijau

GOLONGAN wanita boleh dikatakan sebagai golongan yang sangat cerewet dalam apa jua hal. Tidak kira dari segi pemakanan, cara hidup, fesyen hingga ke pemilihan sabun pencuci muka. Dalam kata mudah mereka ini sangat mementingkan kualiti hidup. Dalam sibuk memilih sesuatu yang berkualiti bagi diri mereka, pastinya ada perkara-perkara yang mereka terlepas pandang. Fakta yang dikongsikan ini bukanlah untuk menakutkan anda sebagai golongan wanita, tetapi ia sebagai satu cara untuk mengubah persepsi pemikiran anda sekaligus mengubah cara hidup anda kepada cara hidup yang lebih baik dan berkualiti.

1. Gincu antara punca kegagalan jantung.
Golongan wanita pastinya mempunyai keinginan untuk sentiasa dilihat cantik. Maka, mereka akan berhias menggunakan pelbagai jenis alat-alat solek dan pastinya gincu adalah salah satu daripadanya. Namun tanpa mereka sedari, gincu adalah salah satu daripada penyumbang kepada kegagalan jantung. Kebanyakan gincu-gincu berjenama di pasaran pada masa kini menganduni bahan kimi berbahaya seperti ‘paraben’, ‘methacrylate’, plumbum dan ‘triclosan’.
Bahan-bahan berbahaya seperti ini cepat diserap ke dalam aliran darah apabila anda mengaplikasikannya di bibir. Penggunaan gincu boleh dikatakan bukan hanya sekali sehari, malah ada golongan wanita yang mengemas gincu mereka berkali-kali sepanjang hari. Jika anda merupakan golongan wanita yang amat mementingkan penampilan, tanpa disedari anda adalah antara mereka yang telah secara langsung memasukkan kimia berbahaya tersebut ke dalam badan.
Satu eksperimen telah dilakukan oleh para penyelidik Jabatan Kesihatan Awam di Universiti California-Berkeley berkenaan kandungan kimia di dalam gincu. Penyelidik yang melakukan kajian terhadap tikus mendapati tikus yang terdedah kepada bahan kimia tersebut mengalami gangguan otak sekaligus membawa kepada kegagalan jantung dan fungsi otot. Walaupun kajian tersebut tidak diuji ke atas manusia, namun ia tetap berada di tahap yang membimbangkan di mana ia mampu menjejaskan kesihatan manusia. Salah sebuah syarikat penjagaan kulit terkemuka, Johnson & Johnson telah membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan triclosan dan parabens di dalam mana-mana produk mereka.

2. Teh hijau cegah ostreprosis.
Apabila dimamah usia, pastinya pelbagai penyakit bakal ‘memakan diri’. Justeru, pelbagai jenis makanan tambahan serta produk kesihatan memenuhi pasaran tidak kira sama ada produk tempatan dan antarabangsa. Salah satu penyakit yang sering kita dengari adalah osteoporosis. Osteoporosis merupakan sajenis penyakit tulang paling ‘popular’ dalam kalangan warga emas dan sememangnya ia menyakitkan. Penyakit tersebut melemahkan sel-sel tulang di mana ia boleh membawa kepada keretakan tulang pada bila-bila masa.

Malah, dalam penyelidikan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mendapati peluang golongan wanita mendapat penyakit osteoporosis adalah empat kali lebih tinggi berbanding lelaki. Kajian yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Universiti Maryland terhadap teh hijau mendapati minuman herba tersebut mengandungi bahan kimia yang boleh merangsang pertumbuhan tulang. Kita sedia maklum bahawa teh sememangnya popular dari zaman Dinasti Qing di China di mana ia dijadikan bahan perubatan. Hingga ke hari ini, teh masih lagi menjadi pilihan sebahagian besar penduduk dunia apabila ia dilihat sangat bermanfaat. Beberapa kajian saintifik juga membuktikan teh mampu menangani beberapa penyakit lain seperti kanser, obesiti dan dehidrasi.

Pengambilan tiga cawan teh atau lebih dalam sehari adalah jauh lebih baik berbanding pengambilan air dalam kuantiti yang sama di mana kandungan antioksidan yang tinggi di dalam teh mampu meningkatkan daya tahan badan. Tambah menarik, sebatian di dalam teh hijau mampu menghalang resorpsi tulang – sejenis penyakit yang melemahkan tulang akibat pereputan sel. Jika tekak anda sukar untuk menerima rasa pahit the tersebut, anda boleh menambah beberapa sudu madu ke dalam minuman tersebut. Bukan itu sahaja, pengambilan minyak ‘flaxseed’ yang sememangnya kaya dengan omega 3 dan 6 dilihat mampu memberi kesan positif kepada kepadatan tulang sekaligus membantu mereka yang berisiko menghidap osteoporosis

TIPS DIET KURUS

Wednesday, November 20, 2013

Panduan Turunkan Berat Badan

#kurustips
Ramai yang ingin menurunkan berat badan. Pelbagai produk telah dicuba; dimakan, diminum, disapu dan sebagainya. Namun, tiada perubahan positif pada berat badan, hanya wang dibazirkan. 

Mengapa?? 


Kesilapan yang terbesar ialah tidak mengambil berat terhadap pengambilan kalori dalam pemakanan harian dan memandang enteng amalan gaya hidup yang sihat dan seimbang seperti beriadah, waktu tidur yang berkualiti dan tidak merokok.

Artikel ini ditulis sebagai panduan untuk menurunkan berat badan dengan pantas. Walaubagaimanapun, jika anda sedang mengikuti program diet tertentu sila dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan anda (dietician) sebelum membuat apa-apa perubahan pada pola pemakanan harian anda. Ini kerana setiap orang mempunyai kadar metabolisma yang berbeza dan tahap kesihatan yang berbeza.




A. PEMAKANAN

(1) Makan makanan berprotein tinggi, jika anda ingin membina otot

(2) Minum air masak secukupnya; saranan pakar pemakanan sedunia sekurang-kurangnya 3 liter sehari atau bersamaan dengan 8 gelas sehari

(3) Minum air sejuk (bukan air berais dan air bergula manis), akan meningkatkan metabolisma badan

(4) Makan 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang kecil akan mempercepatkan proses pembakaran lemak

(5) Minum air teh hijau (Green Tea). Bukan sahaja membakar lemak, tetapi juga akan menghalang penyakit jantung dan kanser. Perfect Figure ada Green Tea jugak!

(6) Pastikan anda berSARAPAN! Makan semasa sarapan akan memberikan signal kepada otak bahawa anda sedang aktif dan badan akan memberi tindak balas dengan menaikkan tahap metabolisma untuk memebakar lemak. Tapi ingat! Jangan terlebih makan sarapan pulak

(7) Makan mengikut piramid makanan! Serat, karbohidrat, protein, mineral, vitamin, air dan sebagainya perlu seimbang

(8) Pilih makanan mengikut kalori. Waktu makan berat, sila ambil makanan berkalori tinggi. Waktu di antaranya, boleh ambil makanan berkalori rendah sekiranya terasa lapar



B. SENAMAN


Senaman adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan dengan pantas. Harus diingati, senaman tidak akan menukarkan lemak kepada otot-otot. Senaman akan membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. 

Anda boleh mengikuti pelbagai tips senaman yang bersesuaian seperti di bawah. Sekiranya anda ada masalah kesihatan, sila dapatkan nasihat doktor

(1) Jangan tahan nafas ketika bersenam

(2) Mulakan senaman regangan (lower intensity cardio excercises)

(3) Sebaiknya jogging 30 minit setiap pagi dan setiap petang

(4) Senam Aerobik selama 30 minit boleh membakar 400 kalori

(5) Berlari adalah senaman yang paling bagus untuk membakar lemak

(6) Senaman angkat berat (menggunakan dumb bell) akan mengurangkan lemak di celah-celah lapisan kulit, dalam masa yang sama akan membina otot-otot baru (dengan bantuan pemakanan seimbang)

(7) Senaman hula-hoop juga boleh menggalakkan pengeluaran peluh dan pembakaran lemak


C. MOTIVASI DIRI


Orang yang ada matlamat akan sentiasa berjaya dalam hidupnya berbanding orang yang tiada matlamat. Cuba lihat orang-orang di sekeliling kita yang telah berjaya; Mereka mencapai sedemikian kerana mereka mempunyai matlamat yang jelas. Begitu juga dengan penurunan berat badan. Anda perlukan sesuatu sebagai motivasi anda untuk menurunkan berat badan.



Berikut adalah antara tips motivasi yang kami kongsikan buat anda yang mempunyai matlamat yang jelas; Penurunan berat badan hingga mencapai BMI dan bentuk badan yang ideal.

(1) Nyatakan matlamat secara specifik. Contohnya, turun 5 kilo setiap minggu.

(2) Tulis matlamat anda di dalam diari, skrin telefon, tampal nota di peti ais dan sebagainya DAN BACA SETIAP HARI

(3) Beri diri sendiri hadiah / ganjaran sekiranya telah mencapai matlamat yang ingin dicapai. Contohnya, shopping (atau window shopping), belanja diri sendiri makanan yang best dan sedap (tapi awas..jangan berlebihan), menonton wayang, pergi spa dan manjakan diri untuk kecantikan atau apa-apa sahaja. Anda akan lebih bersemangat untuk meneruskan misi penurunan berat badan anda itu!

(4) Cara terbaik untuk melihat perubahan pada diri anda ialah dengan cara mengambil foto sebelum dan selepas beberapa minggu berserta berat anda. Pasti anda sendiri tidak percaya yang suatu ketika dahulu berat badan anda sebenarnya 3 kali ganda dari yang sekarang!






Tuesday, November 19, 2013

Penyakit Batu karang


Baca ini berulang kali sehingga anda benar-benar faham pernyataan yang berikut:

Minum air secukupnya boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit batu karang, dan mengelakkan batu karang berulang


Apa itu Penyakit Batu Karang?
Penyakit Batu Karang ialah penyakit yang terlibat dalam sistem pembuangan air kecil. 

Bagaimana Batu Karang Terbentuk?
Batu karang terbentuk dari mendakan apabila bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik di dalam air kencing berada dalam kepekatan yang tinggi.  Lebih-lebih lagi sekiranya kuantiti air kencing yang sangat sedikit.


Batu karang pada mulanya bersaiz kecil, kemudian menjadi batu karang besar.  Batu karang yang besar tidak akan dapat dikeluarkan dan akan menyebabkan rasa sakit kerana tersekat dalam saluran air kencing.  Batu karang boleh berada dalam buah pinggang (ginjal), saluran antara ginjal atau dalam pundi kencing.

Penyakit batu karang akan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan ketika membuang air kecil dan kadang-kala ada darah dalam air kencing mereka.  Keadaan ini juga akan mengganggu waktu tidur pesakit batu karang.

Antara faktor penyebab utama batu karang terjadi ialah kurang minum jumlah air yang cukup dalah sehari, selain daripada pemakanan, jangkitan kuman dan faktor keturunan.  Dianggarkan 1 dari 5 orang rakyat Malaysia mengalami penyakit ini semasa hayat mereka.  Penyakit ini selalunya berlaku di kalangan lelaki berumur di antara 20 hingga 40 tahun.  Wanita juga mengalaminya, tetapi amat jarang berlaku. 

Sekiranya anda pernah mengalami penyakit batu karang atau simpom-simptom mendapat penyakit ini, pastikan anda minum air secukupnya supaya batu karang yang terbentuk akan dapat dikeluarkan dengan mudah secara normal dengan bantuan air kencing yang banyak.  Saranan jumlah air yang perlu diminum dalam sehari ialah 3 liter atau bersamaan 8 gelas.



Sumber: http://drzubaidi.com/blog/?p=4938
Lagi maklumat lain berkaitan Penyakit Batu Karang

Risiko Berpenyakit Apabila Berat Badan Berlebihan

 

Pada masa kini ramai dikalangan rakyat Malaysia yang mengalami berat badan berlebihan. 

Mungkin kerana tabiat pemakanan rakyat Malaysia yang tidak sihat dan juga kurang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam dan bersukan.

Tahukah anda jika anda mempunyai berat badan berlebihan anda berada dalam keadaan yang bahaya.

  • Kegemukan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit, antaranya ialah: 
  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung) 
  • Strok (angin ahmar) 
  • Tekanan darah tinggi 
  • Batu hempedu 
  • Diabetes (kencing manis) 
  • Paras Kolesterol yang tinggi 
  • Kemandulan 
  • Gout 
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas 
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut 
  • Gangguan pembuangan air kecil 
  • Penyakit hati
  • Barah usus 
  • Vena Varikos (timbul urat) 
  • Penyakit kulit di lipatan peha dan payudara

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.


Oleh itu ambillah langkah awal dengan menurunkan berat badan sebelum pelbagai jenis penyakit mendatangi anda.

Mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat, berlemak, manis adalah salah satu cara mengelakkan berat badan anda bertambah naik.


Senaman yang konsisten setiap minggu adalah salah satu cara untuk anda mengurangkan berat badan anda.


Pemeriksaan kesihatan seperti kadar kolesterol, kandungan gula dan tekanan darah paling kurang sekali setiap tahun adalah amat perlu untuk memastikan anda sentiasa sihat.

Pesanan ikhlas dari Perfect Figure Burn Your Fat

Monday, November 18, 2013

Apa itu Batu Karang ?

Batu karang dikenali dalam istilah perubatan sebagai kalkulus dan penyakitnya disebut nefrolitiasis.
Batu karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir.
Ia biasanya didapati berlaku di pundi hempedu, pundi kencing, saluran kencing, buah pinggang (ginjal) dan perut.
Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing di mana ianya menjadi bertambah besar. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit di mana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak dirawat dengan segera.
Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks.
Rasa sakit ini disebut kolik renal (renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya pengumpulan bakteria.
4 Jenis Batu Karang
Ia ditentukan oleh bahan atau puncanya iaitu:
# Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan 2 bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
# Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
# Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
# Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.
Punca kepada terjadinya Batu karang
Walaupun zaman berubah, tetapi ada nasihat orang-orang tua yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.
Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum air. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang. Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Apa dia Batu karang dalam Ginjal (Buah pinggang) ?
PENYAKIT batu karang dalam buah pinggang bukan penyakit baru tetapi juga dihadapi oleh orang tua-tua kita dan mereka telah menemukan banyak kaedah dan rawatan untuk penyakit ini. Batu yang terdapat dalam ginjal terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?
Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.

Apakah tanda-tandanya ?
Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu :
- pedih ketika buang air kecil
- tekak terasa loya
- air kencing berbau busuk
Batu karang hempedu
Adalah jenis Batu karang yang terdapat di pundi hempedu, duktus sistik dan duktus hempedu. Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida), atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz berbeza-beza.

Gejala-gejala bagi kolesistitis akut ialah :
- rasa lemah badan
- hilang selera makan
- demam dan rasa sakit sebelah kanan badan sekitar bawah tulang rusuk akhir menjalar ke bahu kanan.
- Rasa sakit juga terasa di hempedu apabila menarik nafas. Penyumbatan di duktus hempedu sesama pula menimbulkan jaundis, kolik biliari dan kolangitis.

Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang :
- sudah lanjut usia
- penghidap gout
- mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing
- mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain).

Cara atasi penyakit batu karang
Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
·  Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
·  Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
·  Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
·  Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
·  Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
·  Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
·  Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
·  Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Sumber: wannuraterapi.wordpress.com

Tuesday, November 12, 2013

TURUN 9 KILO



Order Perfect Figure hari ini
Telefon Theeqah 06-6013812 untuk harga jimat!
Gerenti turun ~4 kilo dlm 1 minggu!

Sunday, November 10, 2013

MINERALBIO




Makan Berpada-pada


Mungkin ada di kalangan kita sering mengalami masalah sakit perut atau sukar membuang air besar kerana makanan yang dimakan tidak hadam dengan sempurna. 

Cubalah amalkan petua di bawah ini untuk meningkatkan penghadaman.
1) Makan dengan tenang. Beri masa untuk kita makan. Tidak perlu gelojoh, nikmat makanan hanya dapat dirasai sepenuhnya ketika makan dengan tenang.
2) Luangkan sedikit masa untuk kunyah makanan sehingga lumat, barulah ditelan.
3) Makan pada masanya sebelum lapar dan berhenti makan sebelum terlalu kenyang.
4) Jangan disulami minum air ketika makan.
5) Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihadamkan atau tidak perlu dikunyah seperti nestum, bubur, madu, glukosa, yogurt dan lain lain.




Saturday, November 09, 2013

Petua Muda : Minum air

Minum 3 liter air sehari menjadikan wajah 10 tahun lebih muda
• Fakta: 1 daripada 5 orang wanita kurang minum air
• Fungsi sistem organ badan sangat bergantung kepada air
• Organ memerlukan air untuk proses nyahtoksin




* Perhatikan lingkaran hitam di bawah mata beliau yang hilang selepas 4 minggu.
* Perhatikan warna kulit beliau yang lebih sekata dan lebih cerah
* Perhatikan kedutan dan garisan halus beliau tidak kelihatan
* Perhatikan warna bibir beliau menjadi lebih mungil
* Perhatikan jeragat beliau telah berkurangan
* Perhatikan wajah beliau kelihatan seperti 10 tahun lebih muda



Hakikatnya beliau menjalani kehidupan seperti biasa dan makan seperti biasa. Apa yang berbeza dengan kita ialah beliau minum air 3 liter sehari secara konsisten selama 28 hari!




Tiada masalah untuk minum air yang banyak. Orang akan fikir begini: Aah..malaslah, minum banyak nanti kencing banyak! 


Teruskan sikap ini jika anda ingin cepat sakit cepat mati. 





Jangan risau untuk minum air yang banyak kerana ginjal akan menjalankan tugasnya dengan baik..tapis dan buang segala toksin dan bahan buangan dari badan.

Berapa kerap anda buang air kecil setiap hari? 

Satu kali? Dua kali? Tiga kali? Atau lebih daripada 6 kali sehari? 

Apa warnanya? Kuning pekat? Kuning cair? Jernih? 

Apa kuantitinya? Sikit? Banyak?
Tak perlu jawab dan beritahu pada orang lain.. mungkin soalan dan jawapan seperti ini agak memalukan bagi sesetengah individu. 

Soalan yang jarang kita tanya pada diri sendiri. Tapi ia membawa erti yang besar kepada kesihatan tubuh badan anda.



Sekadar Hiasan


Baca yang berikut, kesan yang beliau

alami sepanjang 'eksperimen' Minum Air ini:



Minggu 1
Berat: 54 kg
Ukuran lilitan pinggang: 28 inci
Kerap ke tandas untuk buang air kecil, warna air kencing menjadi lebih cair. Perut menjadi lebih selesa.
Sakit kepala berkurangan; kerana organ-organ badan yang kekurangan air akan menyerap air daripada otak untuk berfungsi, hingga menyebabkan sakit kepala terjadi.
Badan lebih fleksibel dan kurang mengalami masalah sakit sendi.


Minggu 2
Berat: 53.5 kg
Ukuran lilitan pinggang: 28 inci
1 botol air mineral (500 mL) 6 kali sehari.
Semasa bangun tidur, semasa sarapan, semasa makan tengah hari, waktu petang, semasa makan malam dan sebelum tidur.
Tona warna kulit lebih sekata dan cerah, lingkaran bawah mata kurang gelap berbanding minggu sebelumnya.
Mulut tidak berbau, tidak mengalami sakit kepala dan tiada masalah sembelit. Apa yang lebih menarik ialah, selulit di bahagian peha telah hilang!
Walaupun beliau minum banyak air, tetapi perut beliau tidak kembung, malahan tiada tanda-tanda buncit.

Minggu 3
Berat: 53.5 kg
Ukuran lilitan pinggang: 27.5 inci
Lingkaran hitam di bawah mata telah hilang sepenuhnya, bahagian bawah mata dan pipi lebih anjal. Sapuan eye shadow pula lebih sekata kerana kulit di bahagian mata menjadi lebih anjal. Ini kerana air membantu penghasilan sel-sel kulit yang baru.
Perbuatan menggosok mata semasa bangun tidur adalah tindakan spontan kita kerana ia tanda keadaan mata yang kering semasa tidur. Amalan minum air yang cukup telah mengekalkan kelembapan mata walaupun ketika tidur. Kini, beliau tidak lagi menggosokkan mata semasa bangun tidur.
Beliau tidak rasa letih dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja.
Jumlah makanan yang beliau ambil berkurangan kerana air menyebabkan rasa kenyang dengan cepat.

Minggu 4

Berat: 53.1 kg
Ukuran lilitan pinggang: 27 inci
Wajah beliau berubah sepenuhnya menjadi lebih muda. Kulit wajahnya tidak lagi menjadi kering, badan menjadi lebih bertenaga dan sihat. Beliau berasa lebih bersemangat dan segar sepanjang hari.



Anda pun boleh jadi macam ni. Kalau amalkan minum air 3 liter sehari bersama-sama Glowhite Stemcell Drinks lagi la bagus..sebab kita ada stemcell yang akan mempercepatkan lagi penghasilan kolagen dan elastin, dan berupaya untuk melawan penyakit.



Friday, November 08, 2013

Kenapa Bibir Pecah?

BIBIR PECAH adalah petanda bibir telah menjadi terlalu kering, dan mungkin juga petanda badan sedang kekurangan air.

BIBIR PECAH juga boleh disebabkan oleh kekurangan nutrisi dan dehidrasi akibat daripada terdedah terlalu lama kepada matahari, cuaca sejuk ata cuaca berangin.

Perbuatan menjilat bibir, kebiasaan yang sering kita lakukan apabila bibir kering adalah sangat tidak digalakkan.  Air liur akan mengeringkan lagi permukaan bibir kerana lapisan kulit di bibir yang nipis.

Sebagai langkah efektif untuk mengurangkan masalah BIBIR PECAH, sapu pelembab bibir untuk mengurangkan kesan pengeringan akibat faktor persekitaran.  Pelembab bibir yang mengandungi SPF juga digalakkan supaya dapat menghalang penembusan UV ke lapisan dalam bibir.  Minum air dengan lebih banyak. 

Dan yang lebih penting: ELAKKAN DARIPADA MEMBASAHKAN BIBIR DENGAN AIR LIUR ANDA. 


Sebenarnya, menghalang bibir daripada kering akan mengurangkan risiko untuk mendapat ulser.  Tentu anda tak sanggup menghadapinya lagi, bukan?


Antara petua orang-orang lama:
  1. 1.       Sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.
  2. 2.       Minum air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali sehari sehinggalah bibir anda tu sembuh. Jika tiada aral dan serasi dengan petua ni, pasti anda dapat merasai kesannya.


Selamat Mencuba!

Thursday, November 07, 2013

Resepi Pecah Lemak!!!


#Resepi
 PECAH LEMAK Theeqah 01
ASPARAGUS + CARROT + TOMATO


(1) Asparagus mengandungi asid amino asparagin yang akan membantu peredaran darah di bahagian ginjal. Asid amino asparagin akan memecahkan lemak dan membuang bahan buangan badan seperti asid oxalic. Ini juga dapat membantu mengelakkan penyakit batu karang.

(2) Beta karotena dalam lobak merah akan memecahkan lemak dan mempercepatkan proses metabolisma badan.


(3) Tomato mengandungi Vitamin C dan asid citrimalic-oxalic yang tinggi yang akan mempercepatkan proses metabolisma memecahkan lemak badan. Ia juga akan membantu ginjal untuk mengeluarkan air yang mengandungi lemak dari badan.


Nak tau tips lanjut cara untuk bakar lemak pecah lemak dengan pantas?
---> Perfect Figure Burn Your Fat

Mencuci Buah Pinggang RM1

Bertahun-tahun buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun-racun dan bahan-bahan lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dan lain-lain lagi.

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Di sini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.

Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan-bahan garam serta bahan-bahan racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang ?
Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.
Daun ketumbar bertindak sebagai pencuci darah iaitu membersihkan darah dari racun-racun, membantu pencernaan dan perut kembung, mengurangi gejala arthritis, infeksi saluran kencing, menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL,selain mengandungi zat besi ianya juga mengandungi zat magnesium.

Caranya:
1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil-kecil
3. Masukkan daun-daun kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun-daun ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun–daun dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun-racun lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.
Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.
Daun parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!
[Sumber: Wannura Petua Amalan & Syanz-Aisyah]


Wednesday, November 06, 2013

Program Kurus Biasa dan Kurus Cepat

Mamat, seorang lelaki  berbadan agak besar masuk ke sebuah fitness center dengan niat utk menguruskan badan. 
Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada Mamat, "Kami menawarkan 2 program di sini… RM50 utk versi ‘Biasa’ dan RM100 utk versi ‘Cepat’. Tuan hendak program yang mana?" 
"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru je nak kuruskan badan ni", kata Mamat.
"OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawab lelaki penjaga kaunter.
Mamat pun masuklah ke bilik yg disuruh, lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang seorang perempuan yang sangat cantik. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan Mamat dah tak senang duduk dan berpeluh-peluh. 
Perempuan tadi berkata, “Kalau tuan dapat kejar saya, tuan boleh buat aaaaapa saja dengan saya… hik hik hik” Dan dia terus berlari di dalam bilik itu. 
Mamat pun kejar perempuan tadi sampai 30 minit, namun tidak berjaya. Dia cuba lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai dan akhirnya PENGSAN! 
Apabila Mamat tersedar, dia terus ke penimbang dan mendapati berat badannya telah turun 3kg. “Wow! Memang berbaloi aku bayar RM50… memang senang rupanya nak kuruskan badan“, katanya sendirian. 
Esoknya, Mamat datang lagi ke fitness center dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter. "Bagaimana Tuan, nak cuba yang versi ‘Biasa’ macam semalam ke atau Tuan nak yang versi ‘Cepat’ ?" 
"Saya ingat nak 'up' sikitlah dari yang semalam. Jadi, saya nak ambil yang versi 'Cepat', boleh?" kata Mamat sambil tersengih.
OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 6 di penjuru bilik sana ye...“, jawab lelaki penjaga kaunter. 
Mamat tersenyum lebar sepanjang menunggu di dalam bilik itu.  "Tak sabar aku nak kurus lagi."  Setelah beberapa minit, datanglah seorang body-builder dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata, “Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat…hehehe
Pengajaran: Berpada-padalah dalam setiap tindakan kita, asalkan tidak melanggar peritah Allah dan RasulNya.
Nak cuba cara cepat untuk kurus: KLIK SINI
Sekian.
Nota: Cerita ini hanyalah rekaan dan sekadar hiburan, tiada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah tiada. [Sumber: Melayukini.net]

Apa gaya korang??


Share korang punya gaya masa duduk menghadap depan laptop korang..

Mengapa berat badan tidak turun-turun???

Di sini Theeqah ingin kongsikan beberapa sebab mengapa berat badan anda tidak turun wlaupun telah mencuba pelbagai produk dan cara untuk menurunkan berat badan anda... 

Azam tidak jelas
Ramai di kalangan kita tidak mempunyai azam yang jelas tentang keinginan untuk kuruskan badan. 
Paling malang ada di kalangan kita yang tak ada azam untuk kuruskan badan. 
Azam yang bagus adalah azam yang jelas.
Contohnya : saya akan kurus sebanyak 3 kg sebelum bulan 11 tahun 2014
Nampak jelas kan azam tersebut..
Yang menjadi masalah kenapa azam kita tidak tercapai kerana azam tidak jelas
Contohnya : Saya nak kurus tahun ni..


Tidak jelas kan apa kita nak capai, berapa banyak kita nak turun dan bila kita nak turun…
Ini membuatkan kita tidak bersungguh-sungguh untuk turunkan berat badan dan akhirnya kita gagal




Tidak Sabar

Sebab kedua yang kita tak sedar ialah faktor tidak sabar. Ini antara punca yang paling nyata kenapa ramai di antara kita tidak berjaya kuruskan berat badan. 
Mungkin ada di antara yang dah turun walaupun sedikit, namun disebabkan tidak sabar kita mentafsirkan bahawa kita susah nak kurus, nak kena tunggu lama.. walhal mungkin tinggal lagi sikit sahaja lagi kita akan berjaya.
Allah mungkin nak menguji kita dengan memanjangkan sikit tempoh kejayaan kita untuk menjadikan kita seorang bersabar.


Tidak Munasabah
Ini lagi satu yang menjadi punca kenapa kita gagal turunkan berat badan atau buang lemak di badan kita. 
Ada di kalangan kita yang nak turun sampai 20 kg dalam masa 3 hari, 4 hari tetapi malas nak makan produk…. 


Ada yang nak kurus tetapi tidak konsisten makan produk dan menyalahkan produk sedangkan diri kita tidak disiplin.

Tidak jujur dengan diri sendiri
Apa kaitan tidak jujur dengan kuruskan badan, ya ia amat penting untuk kita jujur dalam menurunkan berat badan.

Misalnya bila kita beli produk kuruskan badan, kita tak makan atau sekejap makan sekejap tidak, kalau rasa nak makan kita makan, kalau kita malas kita tak makan… 


Jadi mulai sekarang kita kena jujur dengan diri kita


Kita betul-betul tak sayang diri kita
Orang yang sayang diri sendiri sanggup buat apa saja agar diri sendiri mendapat apa yang badan kita patut dapat. jika kita betul sayang diri kita, kita sanggup buat apa saja agar badan kita sihat dan tidak gemuk… Jadi cuba pergi ke depn cermin tanya diri sendiri
"Aku ni sayang ke kat diri aku? 
Aku jaga ke diri aku? 
Kesihatan aku?? 
Penampilan aku???"
Sejarah membuktikan mereka yang berjaya dalam hidup adalah mereka yang menjaga diri sendiri. Jika diri sendiri pun kita tak jaga, bagaimana kita nak jaga orang lain. 
Betul tak?



Sekian..
Sumber: Azhaan Brothers Shop

CUBA INI UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN ANDA
TELEFON 06-6013812
Maklumat lanjut : http://goo.gl/B75aTG