Wednesday, November 20, 2013

Panduan Turunkan Berat Badan

#kurustips
Ramai yang ingin menurunkan berat badan. Pelbagai produk telah dicuba; dimakan, diminum, disapu dan sebagainya. Namun, tiada perubahan positif pada berat badan, hanya wang dibazirkan. 

Mengapa?? 


Kesilapan yang terbesar ialah tidak mengambil berat terhadap pengambilan kalori dalam pemakanan harian dan memandang enteng amalan gaya hidup yang sihat dan seimbang seperti beriadah, waktu tidur yang berkualiti dan tidak merokok.

Artikel ini ditulis sebagai panduan untuk menurunkan berat badan dengan pantas. Walaubagaimanapun, jika anda sedang mengikuti program diet tertentu sila dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan anda (dietician) sebelum membuat apa-apa perubahan pada pola pemakanan harian anda. Ini kerana setiap orang mempunyai kadar metabolisma yang berbeza dan tahap kesihatan yang berbeza.




A. PEMAKANAN

(1) Makan makanan berprotein tinggi, jika anda ingin membina otot

(2) Minum air masak secukupnya; saranan pakar pemakanan sedunia sekurang-kurangnya 3 liter sehari atau bersamaan dengan 8 gelas sehari

(3) Minum air sejuk (bukan air berais dan air bergula manis), akan meningkatkan metabolisma badan

(4) Makan 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang kecil akan mempercepatkan proses pembakaran lemak

(5) Minum air teh hijau (Green Tea). Bukan sahaja membakar lemak, tetapi juga akan menghalang penyakit jantung dan kanser. Perfect Figure ada Green Tea jugak!

(6) Pastikan anda berSARAPAN! Makan semasa sarapan akan memberikan signal kepada otak bahawa anda sedang aktif dan badan akan memberi tindak balas dengan menaikkan tahap metabolisma untuk memebakar lemak. Tapi ingat! Jangan terlebih makan sarapan pulak

(7) Makan mengikut piramid makanan! Serat, karbohidrat, protein, mineral, vitamin, air dan sebagainya perlu seimbang

(8) Pilih makanan mengikut kalori. Waktu makan berat, sila ambil makanan berkalori tinggi. Waktu di antaranya, boleh ambil makanan berkalori rendah sekiranya terasa lapar



B. SENAMAN


Senaman adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan dengan pantas. Harus diingati, senaman tidak akan menukarkan lemak kepada otot-otot. Senaman akan membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. 

Anda boleh mengikuti pelbagai tips senaman yang bersesuaian seperti di bawah. Sekiranya anda ada masalah kesihatan, sila dapatkan nasihat doktor

(1) Jangan tahan nafas ketika bersenam

(2) Mulakan senaman regangan (lower intensity cardio excercises)

(3) Sebaiknya jogging 30 minit setiap pagi dan setiap petang

(4) Senam Aerobik selama 30 minit boleh membakar 400 kalori

(5) Berlari adalah senaman yang paling bagus untuk membakar lemak

(6) Senaman angkat berat (menggunakan dumb bell) akan mengurangkan lemak di celah-celah lapisan kulit, dalam masa yang sama akan membina otot-otot baru (dengan bantuan pemakanan seimbang)

(7) Senaman hula-hoop juga boleh menggalakkan pengeluaran peluh dan pembakaran lemak


C. MOTIVASI DIRI


Orang yang ada matlamat akan sentiasa berjaya dalam hidupnya berbanding orang yang tiada matlamat. Cuba lihat orang-orang di sekeliling kita yang telah berjaya; Mereka mencapai sedemikian kerana mereka mempunyai matlamat yang jelas. Begitu juga dengan penurunan berat badan. Anda perlukan sesuatu sebagai motivasi anda untuk menurunkan berat badan.



Berikut adalah antara tips motivasi yang kami kongsikan buat anda yang mempunyai matlamat yang jelas; Penurunan berat badan hingga mencapai BMI dan bentuk badan yang ideal.

(1) Nyatakan matlamat secara specifik. Contohnya, turun 5 kilo setiap minggu.

(2) Tulis matlamat anda di dalam diari, skrin telefon, tampal nota di peti ais dan sebagainya DAN BACA SETIAP HARI

(3) Beri diri sendiri hadiah / ganjaran sekiranya telah mencapai matlamat yang ingin dicapai. Contohnya, shopping (atau window shopping), belanja diri sendiri makanan yang best dan sedap (tapi awas..jangan berlebihan), menonton wayang, pergi spa dan manjakan diri untuk kecantikan atau apa-apa sahaja. Anda akan lebih bersemangat untuk meneruskan misi penurunan berat badan anda itu!

(4) Cara terbaik untuk melihat perubahan pada diri anda ialah dengan cara mengambil foto sebelum dan selepas beberapa minggu berserta berat anda. Pasti anda sendiri tidak percaya yang suatu ketika dahulu berat badan anda sebenarnya 3 kali ganda dari yang sekarang!






No comments :

Post a Comment