Friday, January 10, 2014

Kenapa kerap rasa mengantuk?

Di sini Theeqah nak kongsikan beberapa sebab utama mengapa kita mudah berasa mengantuk dan kerap menguap terutamanya pada waktu siang hari.



Jangan ada yang mengantuk lepas baca entry ni okay!

Entry kali ini sekadar perkongsian ilmu, sekiranya anda mengalami masalah mengantuk yang kronik, cepat-cepat jumpa doktor tau!
1. Tidur yang tidak mencukupi
Nampak jelas bukan? Anda mungkin tidak mendapat tidur yang cukup dan ini boleh mengganggu fokus dan kesihatan anda. Setiap malam anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.
Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.
2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)
Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.
Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.
3. Tidak cukup tenaga
Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.
4. Kurang darah merah (anemia)
Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.
Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang.
5. Tekanan Emosi
Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.
Lakukan perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat nasihat psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental ya. Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai satu cara untuk mengubat masalah tersebut.
6. Penyakit hipotiroid
Anda mungkin akan perasan terdapat kalenjar yang membesar di bahagian halkum anda. Kalenjar tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolima badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan anda bertambah berat badan dan bermacam-macam lagi simptom lain.
Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid anda.
7. Terlalu banyak kafein
Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.
Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.
8. Penyakit Kencing Manis
Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.
Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.
9. Penyakit Jantung
Segala simptom penyakit jantung sudah saya ulas dengan lebih mendalam. Secara ringkasnya, anda akan mengalami simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat. 
Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.
10. Dehidrasi
Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.
Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.

Sumber: 

Wednesday, January 08, 2014

Apa Itu LEMAK?

Tahu tak apa itu LEMAK?
Lemak secara kategorinya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
  • Lemak di bawah kulit (subcutaneous fat)
  • Lemak yang menyelaputi organ dalaman (visceral fat)
Lemak di bawah kulit ni semua orang tahu tapi bagaimana dengan lemak di organ ini?
Visceral fat ni ialah lemak yang membaluti organ-organ dalam badan kita. Yang kuning-kuning tu adalah lemak. Bahaya tak? Jawapannya ialah SANGAT BAHAYA. Lagi banyak lemak ni, lagi gemuk jadinya anda nanti, lagi banyak penyakit yang akan ‘hinggap’ pada anda nanti. Hendak kumpul lemak ni dalam badan senang sahaja tapi kalau hendak buang adalah sukar. Biasanya lemak yang dibuang adalah lemak di bawah kulit dan bukannya lemak di organ ini.

BAHAYA: Penyakit Akibat Obesiti


  • Diabetes/kencing manis
Diabetes adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin. Dalam penyakit ini, disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga. Paras glukosa darah sentiasa tinggi menyebabkan gangguan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein dalam badan.Tanda-tandanya ialah kerap membuang air kecil, berasa terlalu dahaga, sentiasa lapar, penglihatan kabur, nafas berbau manis, penurunan berat badan, keletihan dan luka yang lambat sembuh. Selain itu, ia boleh merosakkan buah pinggang.
  • Sakit Jantung.
Obesiti adalah punca utama penyakit jantung dan pembuluh darah. ini adalah kerana kegemukan akan menyebabkan peningkatan beban kerja jantung Kenapa? Sebab, bertambahnya saiz tubuh anda. Apabila jantung bekerja melebihi hadnya maka berlakulah  kegagalan fungsi jantung. Antara tandanya adalah sesak nafas.
  • Darah Tinggi
Mereka yang obes  juga cenderung mendapat tekanan darah tinggi akibat daripada timbunan lemak dalam pembuluh darah yang akhirnya menjadi sempit . Kombinasi tekanan darah tinggi dan obesiti memberi tekanan kepada jantung dan mengakibatkan dinding jantung menebal dan kekurangan oksigen. Keadaan ini mempercepatkan lagi masalah kegagalan jantung untuk berfungsi dengan baik dan seterusnya menyebabkan jantung terus rosak.
  • Osteoarthritis
Osteoarthritis adalah suatu penyakit gangguan persendian di mana terjadi perubahan kekurangan tulang rawan sendi dan ini akan menyebabkan  terjadinya hipertropi tulang hingga terbentuk tonjolan tulang pada permukaan sendi (osteopit). Sendi yang biasanya terjadi penyakit ini ialah sendi lutut, sendi pinggul/punggung dan beberapa sendi kecil di tangan dan kaki. Kegemukan akan menyebabkan sendi-sendi ini terpaksa menampung berat dan ini akan menyebabkan kesakitan.
Lihat pula kesannya pada buah pinggang dan hati,
FattyLiver_Kidney 2
Macamana? Nak ke organ-organ kita jadi begini dan tak berfungsi lagi? Fikirkan?