Bertahun-tahun buah pinggang kita
ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun-racun dan
bahan-bahan lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui
pemakanan, minuman dan lain-lain lagi.
Dengan peredaran masa itu,
kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan .
Di sini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan
pembersihan ini.
Tapi tahukah anda, ada satu cara
yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan-bahan garam serta bahan-bahan
racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang ?
Caranya adalah dengan amalan
meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.
Daun ketumbar bertindak sebagai pencuci
darah iaitu membersihkan darah dari racun-racun, membantu pencernaan dan
perut kembung, mengurangi gejala arthritis, infeksi saluran kencing, menurunkan
kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL,selain mengandungi zat
besi ianya juga mengandungi zat magnesium.
Caranya:
1. Beli daun parsli / ketumbar ini
dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil-kecil
3. Masukkan daun-daun kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun-daun ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun–daun dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun-racun lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan
diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.
Daun parsli sememangnya dikenali
sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula
jadi!
[Sumber: Wannura
Petua Amalan & Syanz-Aisyah]
No comments :
Post a Comment