Friday, November 08, 2013

Kenapa Bibir Pecah?

BIBIR PECAH adalah petanda bibir telah menjadi terlalu kering, dan mungkin juga petanda badan sedang kekurangan air.

BIBIR PECAH juga boleh disebabkan oleh kekurangan nutrisi dan dehidrasi akibat daripada terdedah terlalu lama kepada matahari, cuaca sejuk ata cuaca berangin.

Perbuatan menjilat bibir, kebiasaan yang sering kita lakukan apabila bibir kering adalah sangat tidak digalakkan.  Air liur akan mengeringkan lagi permukaan bibir kerana lapisan kulit di bibir yang nipis.

Sebagai langkah efektif untuk mengurangkan masalah BIBIR PECAH, sapu pelembab bibir untuk mengurangkan kesan pengeringan akibat faktor persekitaran.  Pelembab bibir yang mengandungi SPF juga digalakkan supaya dapat menghalang penembusan UV ke lapisan dalam bibir.  Minum air dengan lebih banyak. 

Dan yang lebih penting: ELAKKAN DARIPADA MEMBASAHKAN BIBIR DENGAN AIR LIUR ANDA. 


Sebenarnya, menghalang bibir daripada kering akan mengurangkan risiko untuk mendapat ulser.  Tentu anda tak sanggup menghadapinya lagi, bukan?


Antara petua orang-orang lama:
  1. 1.       Sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.
  2. 2.       Minum air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali sehari sehinggalah bibir anda tu sembuh. Jika tiada aral dan serasi dengan petua ni, pasti anda dapat merasai kesannya.


Selamat Mencuba!

No comments :

Post a Comment