Monday, February 03, 2014

Vitamin C

Vitamin C adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari, Vitamin C dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.


1. Vitamin C tidak stabilVitamin C mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu,aditif makanan,bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. Kebanyakkan Vitamin C didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.  Oleh itu, cara masakan makanan yang mengandungi vitamin seperti sayur-sayuran hendaklah dilakukan dengan betul untuk mengelakkan kehilangan vitamin berharga ini.

2. Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan manusia
Vitamin yang penting untuk kesihatan badan ini perlu diambil melalui makanan kerana badan manusia tidak menghasilkan vitamin ini sendiri.

3. Terlalu banyak vitamin C?
Vitamin C adalah sebatian yang larut air, ia akan dikeluarkan daripada tubuh apabila pengambilannya berlebihan . Pengambilan vitamin yang terlalu banyak pada satu-satu masa hanyalah suatu pembaziran kerana faktor keupayaan badan untuk menyerap vitamin dan mineral adalah terhad.

4. Khasiat Vitamin C?
Antara khasiat utama Vitamin C ialah meningkatkan keupayaan badan untk melawan penyakit seperti selesema.  Selain daripada itu, Vitamin C juga mempuyai kebaikan kepada kesihatan dan kecantikan kulit.  Antaranya ialah, Vitamin C dapat membantu meningkatkan penghasilan collagen yang berfungsi untuk keanjalan kulit, serta melambatkan kesan-kesan penuaan seperti kudutan, kulit kering dan kusam.  



No comments :

Post a Comment